Perak Hari Ini

Perak Tambah Peruntukan RM800 Ribu Kotak Makanan Kepada Masyarakat Orang Asli

IPOH- Kerajaan Perak hari ini menambah peruntukan Kotak Makanan sebanyak RM800,000 kepada masyarakat Orang Asli yang mana turut terkesan akibat daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan RM800 ribu untuk mengedarkan Kotak Makanan kepada lebih 13 ribu keluarga

“Bantuan ini diperluaskan kepada lebih 13 ribu ketua isi rumah Orang Asli dengan tambahan peruntukan RM800,000 dan menjadikan jumlah peruntukan bantuan kotak makanan yang diluluskan adalah sebanyak RM1.6 juta,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, sekitar 5,000 penduduk Orang Asli di Kampung Senangit di Pos Kemar, Grik, tidak mempunyai bekalan makanan sejak pelaksanaan PKP malahan perkara tersebut bertambah buruk apabila tumbuhan dimusnahkan oleh sekumpulan gajah liar.

Sementara itu kata Ahmad Faizal, kerajaan negeri telah meningkatkan bilangan penerima bantuan kewangan sekali bayar atau one off sebanyak RM500 seorang kepada 12,413 penerima.

“Prihatin dengan rayuan ramai golongan Penjaja Dan Peniaga Kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan negeri telah meningkatkan bilangan penerima bantuan kewangan sekali bayar dengan membelanjakan sebanyak RM6.2 juta,” katanya.

Menurut beliau, perkara tersebut adalah lonjakan besar berbanding jumlah bantuan kepada 4,000 penerima yang beliau umumkan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan penangguhan Bayaran Sewa Skim Pertapakan Kemudahan Asas dan Penangguhan Bayaran Sewa Beli Rancangan Perumahan Awam selama enam bulan.

“Seperti pengumuman saya yang terdahulu, Penangguhan Bayaran Sewa Beli Rancangan Perumahan Awam adalah untuk selama tiga bulan.

“Untuk penambahbaikan, penangguhan tersebut dipanjangkan kepada enam (6) bulan bermula Mac 2020 dan memberi manfaat kepada 1,336 penerima.

“Selain itu, pengecualian Bayaran Sewa Program Perumahan Rakyat turut dilanjutkan selama enam (6) bulan bermula Mac 2020 kepada 2,535 penerima dengan kos RM 1.5 juta,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");