Berita Hari Ini

Perhimpunan Tabligh Di Sulawesi Ditangguh

MAKASSAR: Perhimpunan jemaah tabligh di Sulawesi, Indonesia ditangguh susulan kebimbangan penularan jangkitan COVID-19.

Memetik Astro Awani, pihak berkuasa dan penganjur perhimpunan itu mencapai kata putus untuk menangguhkan acara yang dijadual berlangsung di Gowa berhampiran bandar Makassar selepas acara sama di Malaysia mencetuskan ratusan kes jangkitan koronavirus tersebut.

Pemerintah Gowa, Adnan Purichta Ichsan Yasin Limpo menjelaskan Perhimpunan Tabligh Sulawesi ditunda dan ribuan peserta dikuarantin sebelum dibenarkan pulang ke kediaman atau negara masing-masing.

“Kami juga bersetuju untuk mengasingkan mereka sementara di lokasi dan mengatur jadual kembali masing-masing,” kata Adnan dalam akaun Instagramnya @adnanpurichtaichsan.

Adnan menambah bahawa pihaknya juga telah menghantar pasukan kesihatan ke lokasi kejadian untuk memeriksa dan menyembur pembasmi kuman untuk mencegah penyebaran COVID-19.

Sejumlah 83 rakyat Malaysia dilapor berada di Sulawesi untuk menyertai acara itu, yang turut dihadiri jemaah tabligh dari 48 negara lain.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan sebarang surat keizinan (permit) untuk acara itu yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac, dan dalam proses berunding dengan pihak penganjur agar mereka bersurai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");