Perak Hari Ini

PH Perak Tuntut Faizal Mohon Maaf

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Perak menuntut Ahmad Faizal Azumu memohon maaf kepada rakyat dan Dr Mahathir Mohamad kerana mengkhianati mandat yang diberikan kepadanya susulan peletakan jawatannya sebagai menteri besar.

Gabungan itu berkata, ia tidak akan mengiktiraf kerajaan pintu belakang tanpa mandat rakyat yang dibentuk parti kalah dalam pilihan raya umum ke-14 lalu.

Katanya, semua 27 Adun PH Perak menyokong pimpinan negeri itu dan menuntut sidang khas Dewan Undangan Negeri diadakan segera untuk menentukan siapa yang mempunyai majoriti.

“PH Perak juga akan mengadakan jelajah ke seluruh negeri bagi memberi penerangan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku dalam krisis rampasan kuasa ini demi mempertahankan mandat rakyat,” kata gabungan itu dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Faizal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar Perak berkuat kuasa hari ini, selepas beliau menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, pagi tadi.

Ia menyusul pengumuman Faizal semalam yang PPBM, Umno dan PAS bersetuju menubuhkan kerajaan baru di negeri itu lapor FMT.

Semalam, Faizal dilaporkan berkata, gabungan baru itu terdiri daripada 4 Adun PPBM, 25 Adun Umno dan 3 lagi PAS, menjadikan semuanya 32 daripada 59 kerusi DUN.

Selain Faizal dan Zainol Fadzi (Sg Manik), 2 wakil rakyat PKR turut menyertai PPBM, iaitu Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah).

Situasi di Perak ini menyusul selepas PPBM meninggalkan PH yang menyebabkan kerajaan persekutuan tumbang dan pergolakan politik bermula.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin kemudiannya dilantik sebagai perdana menteri ke-8 pada 1 Mac lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");