Perak Hari Ini

PKP: Polis Perak Tahan 171 Individu, 85 Kertas Siasatan Dibuka

IPOH: Seramai 171 individu telah ditahan Polis Perak kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu sehingga hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata sehingga kini sebanyak 85 kertas siasatan telah dibuka membabitkan kes berkaitan PKP.

“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020 serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu kata beliau sepanjang tempoh 18 sehingga 29 Mac kadar jenayah merekodkan penurunan sebanyak 58 kes atau 41.1 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Perbandingan kes jenayah tempoh 18 sehingga 29 Mac juga mencatatkan sebanyak 83 kes berbanding tempoh sama pada tahun lalu iaitu sebanyak 141 kes,” katanya.

Tambah Razarudin sepanjang tempoh perlaksanaan PKP, seramai 5,640 orang anggota telah menjalankan sekurang-kurangnya 74 sekatan jalan raya setiap hari di seluruh Perak.

Jelasnya sekatan jalan raya itu termasuk di kawasan sempadan negeri dan jalan keluar dan masuk tol lebuh raya.

Dalam tempoh sama beliau berkata seramai 230 pasukan pemeriksaan mengejut atau ‘snap check’ juga ditugaskan bagi melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap pematuhan PKP dalam kalangan masyrakat.

“Pihak polis turut memastikan langkah-langah pencegahan daripada jangkitan Covid-19 ini dipatuhi masyarakat termasuk mengamalkan penjarakan sosial ketika menjalankan urusan di pasar awam dan institusi kewangan.

“Masyarakat dinasihatkan untuk mematuhi PKP yang telah dikeluarkan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan daripada dijangkiti Covidi-19.

“Pihak polis amat menghargai kerjasama yang diberikan masyarakat dalam sama-sama menjaga kesejahteraan negara,” ujar beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");