Berita Hari Ini

PKP: Polis Tambah 4 Sekatan Jalan Raya Di KL, Jadikan Jumlah 56

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menambah 4 lagi sekatan jalan raya di sekitar daerah Dang Wangi dan Brickfields dalam usaha memantapkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) susulan penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim berkata, dengan penambahan 4 sekatan jalan raya itu, sekali gus menjadikan jumlah sekatan jalan raya di ibu negara kepada 56.

Beliau berkata, sekatan jalan raya ini dijalankan di bawah Op covid-19 yang berpandukan Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi memutuskan rantaian wabak ini daripada terus menular.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa meninjau sekatan jalan raya di Persiaran Utara arah Hospital Serdang, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, seramai 43 individu, termasuk 19 warga asing berusia 20 hingga 65 tahun ditahan kerana meningkari arahan PKP sejak ia dilancarkan pada 18 Mac lalu.

“Daripada jumlah itu, 13 individu telah pun dituduh di mahkamah, manakala 9 orang menerima hukuman,” katanya sambil memberi amaran kepada sesiapa yang ingkar PKP akan dikenakan tindakan tegas.

Beliau berkata, peratusan yang mematuhi arahan PKP ketika ini di Kuala Lumpur mencecah 95% dan setakat ini tiada penutupan jalan raya memetik FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");