Perak Hari Ini

PM Umum Diskaun Bil Elektrik Dan Pakej Khas Internet Percuma

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta untuk memberikan diskaun elektrik antara 15 peratus hingga 50 peratus.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, Potongan mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan bermula bil pada April ini.

“Diskaun 50 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.

Katanya, diskaun itu akan berkuat kuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020, manakala diskaun dua peratus yang dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan pakej khas membabitkan pemberian Internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi, bermula 1 April depan.

Katanya pakej khas bernilai RM600 juta itu akan ditawarkan kepada pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) berakhir.

“Tambahan RM400 juta juga akan dilaburkan bagi meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");