Berita Hari Ini

PM utus surat mohon jumpa Dr M

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengutus surat kepada Dr Mahathir Mohamad bagi mengatur pertemuan antara dua pemimpin ini.

Anggota Majlis Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata Muhyiddin yang juga presiden Bersatu memberitahunya mengenai hal itu “dalam pertemuan hari Jumaat lalu.”

“Muhyiddin (Yassin) berkata beliau telah cuba mengatur pertemuan dengan Dr Mahathir.

“Beliau juga telah menghantar surat kepada Dr Mahathir memohon untuk bertemu. Hanya menunggu tarikh dari Dr Mahathir sahaja. Kita doakan agar Dr Mahathir sudi bertemu secepat mungkin,” katanya

Untuk rekod, selepas runtuhnya pentadbiran PH dan Muhyiddin dilantik menjadi perdana menteri, Bersatu terbahagi kepada dua kem.

Keadaan tersebut menyaksikan Dr Mahathir memilih bersama kumpulan yang enggan bekerjasama dengan Umno, berlawanan dengan jalan yang dipilih Muhyiddin untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Wan Saiful turut mengajak anggota Bersatu supaya mendesak dan merayu pimpinan parti berdamai.

“Marilah kita desak dan rayu pemimpin atasan kita untuk berdamai dan kembali bekerjasama. Parti kita terbina atas kekuatan tiga tokoh utama iaitu Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz (Mahathir).

“Saya harap kita berhentilah mengeluarkan kenyataan atau menganjurkan majlis yang tidak membawa perdamaian. Tak perlulah pergi ke media tempatan atau antarabangsa untuk meruntuhkan parti.

“Kita selesaikanlah secara dalaman dengan semangat satu keluarga. Dalam keadaan begini, menganjurkan majlis solat hajat dan munajat mendoakan penyatuan kembali pemimpin kita adalah lebih baik,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");