Membawang Hari Ini

“Rambut Kejung, Leher Berkedut” – Belum Bertudung Secara Kekal, Sharifah Shahirah Minta Peminat Doakan

Penyampai radio Sharifah Shahirah memaklumkan dirinya masih belum bertudung secara kekal.

Menurut Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 46, dia selesa dan suka memakai tudung tetapi mengakui masih ‘free hair’.“Sebenarnya ramai yang direct massage saya di Instagram tanya pasal bertudung ni dan saya minta mereka mendoakan yang terbaik.

“Ramai orang yang mendoakan, saya dah pelan-pelan pakai tudung. Sebab liat betul kita ni, hidayah tu jauh. Tak tahu la,” jelas Shiera ketika dihubungi Gempak.

Hasil tinjauan Gempak di Instagram Shiera, rata-rata peminat memuji penampilan Shiera yang kelihatan manis mengenakan selendang.

“Saya rasa selesa bertudung, memang suka. Sebab rambut kejung, leher pun berkedut, sudah masanya untuk tutup. Tapi kadang buka juga sebab rambut basah,” ujar Shiera berseloroh.

Terdahulu, pengendali segmen Suria Petang ini dilihat mula memuat naik foto bertudung sejak 13 Februari lalu ketika menyambut Hari Radio Sedunia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");