Berita Hari Ini

Reezal Merican Dilantik Menteri Belia dan Sukan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dinamakan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru selepas diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Menurut Stadium Astro, dalam ucapan penuh pengumuman senarai Kabinet oleh Perdana Menteri itu, Reezal Merican diumumkan bakal mengetuai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) manakala timbalan adalah Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal yang akan dilantik sebagai senator.

Muhyiddin mengumumkan Kabinet citra baharu yang memenuhi aspirasi rakyat itu pada sidang berita khas di Putrajaya.

Kerajaan Persekutuan pimpinan Muhyiddin merangkumi Bersatu, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan PAS.

Pada 1 Mac lepas, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");