Berita Hari Ini

Resorts World Genting Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR – Resort World Genting (RWG) akan ditutup sementara dari 18-31 Mac, 2020, mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, katanya penutupan tersebut merangkumi kemudahan hotel, kedai makanan dan minuman, kasino, Taman Tema Tertutup Skytropolis, kemudahan hiburan, tarikan, pusat beli-belah dan kedai runcit di RWG.

“Perkhidmatan berasaskan resort yang penting seperti keselamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, utiliti dan klinik akan terus beroperasi dalam tempoh itu,” katanya, lapor Bernama.

Katanya semua tempahan sepanjang tempoh itu telah dibatalkan dan pengunjung boleh mendapatkan bayaran balik atau menukar tarikh tempahan mereka.

“Begitu juga bagi tempahan di Resorts World Awana, Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi.

“Pengunjung yang telah membeli tiket ke mana-mana tarikan atau pertunjukan kami di resort juga akan diberikan bayaran balik,” katanya.

Katanya pelanggan boleh menghubungi pusat panggilan RWG di 03-27181118 untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan bayaran balik.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula esok hingga 31 Mac berikutan wabak COVID-19, yang dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");