Berita Hari Ini

Roti habis buat pembeli gundah gulana

 “Ehhh roti habis lahh kak. Mane nak cari lagi ni? – (kak Ros – Whatsapp group)

“Roti Gerdenia ni tak jual ke mcm mana haa? Pergi kedai je habis, dh pusing berapa hari je habis. Ke korang berebut rotiiiiiiiii!” @farrisshahiran (twitter)

“Susah hati bekalan roti habis kering…. Abg Lori letak Je kering… Hadoiiiii” –  ?Afez Mohamed Mahad? (Facebook)

“Tu la, sejak sabtu cari, roti potong semua brand habis. Kecuali roti2 yg glamour2 je. Rasanya kilang pun tutup kot sbb PKP ni.” @KelabuLantera (Twitter)

“Pergi ke kedai Cari roti, ROTI HABIS ” – @MUHAMMADAIDI1 (twitter)

Itu lah luahan netizen di ruangan media sosial mengenai kehabisan roti putih (buku) di kebanyakan kedai di sekitar Lembah Klang.

Berdasarkan tinjauan Bernama di beberapa kedai pagi ini ternyata benar bahawa roti putih (buku) habis dijual dan tidak kelihatan di rak-rak jualan sedari jam 10 pagi lagi.

Pengurus Besar – Pemasaran & Perhubungan Awam Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd  Hazlinah Harun,  ketika dihubungi hari ini menjelaskan jumlah pengeluaran roti putih (buku) sejak Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan telah ditingkatkan ke jumlah yang maksima.

Peningkatan itu adalah untuk memenuhi permintaan yang tinggi kerana rakyat perlu duduk di rumah.

Disebabkan semua penghuni isi rumah berkumpul, ketua keluarga perlu membeli roti dengan kadar yang banyak antara empat hingga ke lima bantal roti bagi menampung bekalan makanan di rumah.

Roti putih merupakan makanan pilihan paling cepat dan mengenyangkan serta berada pada harga mampu milik setakat ini walaupun tarikh tamat tempoh makanan itu adalah singkat.

Penggemarnya pula meliputi segenap umur dan pelbagai resepi boleh diolah dengan menggunakan roti.

Tinjauan ke kilang roti di Bukit Kemuning, Shah Alam juga mendapati lori-lori roti keluar masuk seperti biasa, tetapi tinjauan ke kedai-kedai serbaneka di beberapa stesen minyak mendapati tiada ‘kelibat’ roti putih itu.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");