Perak Hari Ini

Sambut Baik Bantuan ‘One-off’ Kepada Peniaga Kecil Di Perak

IPOH: Presiden Persatuan Penjaja Kecil Melayu Perkasa Perak, Suhaimi Derais menyambut baik inisiatif Kerajaan Perak dalam memberi bantuan secara ‘one-off’ atau sekali bayar kepada penjaja dan peniaga kecil di negeri ini.

Katanya bantuan itu amat bertepatan ekoran pendapatan perniagaan golongan tersebut yang dijangka terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan pada Isnin.

“Sekiranya perniagaan pasar malam tidak dapat diusahakan, kerugian satu perniagaan itu boleh dianggarkan mencecah sehingga RM500 pada satu-satu masa.

“Bagi perniagaan restoran ataupun yang mempunyai perniagaan besar yang juga tidak dapat beroperasi, nilai kerugian dianggarkan sehingga RM1,600,” katanya ketika dihubungi PerakToday, hari ini.

Justeru presiden persatuan yang terdiri daripada 600 ahli itu menyambut baik usaha kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban peniaga-peniaga kecil di seluruh Perak.

“Saya menyambut baik inisiatif ini. Namun sekiranya jika ada ruang yang dapat ditambah baik, saya sangat mengalu-alukan. Walau bagaimanapun kita faham akan situasi yang dihadapi kerajaan masa kini,” katanya.

Semalam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban golongan sasar dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac ini.

Kata beliau bantuan sekali bayar kepada penjaja dan peniaga kecil akan disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");