Perak Hari Ini

Saya Akan Mengadap Sultan Perak- MB

IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan bahawa beliau akan segera berjumpa dengan Sultan Perak berhubung kedudukan semasa di negeri ini.

Menurut Ahmad Faizal, beliau sedang dalam perjalanan ke sana.

“I’m going now,” katanya ringkas kepada media hari ini.

Sementara itu, ketika disoal sama ada beliau akan berkerjasama bersama UMNO dan Pas, katanya beliau akan membincangkan perkara tersebut dan ianya akan diumumkan nanti.

Katanya lagi, kedudukan negeri Perak sudahpun ditentukan.

“Dah kot, sekarang ni ‘OK’,” katanya.

Walaubagaimanpun ketika disoal sama ada akan ada perubahan di negeri Perak, beliau harap tiada perubahan.

“Jangan doakan, doa lah saya kekal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan syukur setelah selesainya lantikan Perdana Menteri yang baru.

“Alhamdulillah kita dah ada PM yang angkat sumpah dan kita harap negara kita dapat kita pulihkan dari segala permasalahan yang ada.

“Saya harap semua rakyat akan memberi sokongan kepada PM baru dan kebinet yang akan beliau tubuhkan nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");