Panasnya Hari Ini

‘Saya Tak Syok Orang Calonkan Saya TPM’ – Hadi Awang

MARANG: “Saya ambil sikap terbuka kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tetapi tidak mewajibkan diri saya dipilih,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Menurut Harian Metro, beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pihak tertentu yang mahukan dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila di sini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Jelas Hadi, beliau sanggup menjadi nelayan kerana hanya mahu bekerja untuk negara, apatah lagi pencalonan itu datang daripada rakyat biasa sedangkan pelantikan mestilah daripada pencalonan oleh Perdana Menteri.

“Ada orang syok kalau orang calonkan dia…tetapi saya tak syok orang calonkan saya.

“Kita mengharapkan semuanya yang bakal dilantik (menteri kabinet) dalam kalangan yang sanggup bekerja kuat,” katanya.

Abdul Hadi menegaskan, tumpuan utama ketika ini adalah menyelesaikan masalah rakyat terutamanya membabitkan kos sara hidup, ekonomi, gejala sosial, isu perpaduan, selain masalah pembangunan insan yang mesti diberi perhatian.

Tegasnya, PAS tetap beristiqamah, konsisten dengan pendirian iaitu memilih anggota kabinet yang punya integriti, bersih, berkepakaran dan terdiri daripada kalangan ahli politik serta profesional.

“PAS menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk memilih barisan menteri kabinet dalam kalangan pemimpin parti ini.

“Kami hanya menyerahkan cadangan konsep, terutamanya mengambil kira masyarakat majmuk termasuk bukan Islam untuk menganggotai barisan kabinet,” katanya.

Menurut Hadi, walaupun pemimpin parti bukan Islam tidak ramai dalam Perikatan Nasional (PN), tetapi mereka perlu dilantik dalam kalangan yang menyokong, selain golongan profesional dan ahli parlimen dari Sabah serta Sarawak.

“PAS menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk menilai, tetapi tentulah akan mengambil kira jumlah kerusi parti komponen dalam PN.

“Walaupun jumlah kerusi kalangan bukan Islam sedikit, tetapi kita perlu mengambil kira sokongan mereka kepada Perdana Menteri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");