Membawang Hari Ini
Like

Sebak, Rir Mata Bercucuran… Bunga Muncul Di Pentas Buat Pertama Kali

March 1, 2020
398 Views
0 Comments
1 minute read
Sebak, Rir Mata Bercucuran… Bunga Muncul Di Pentas Buat Pertama Kali

Pemergian suami tercinta, Bunga Citra Lestari masih lagi terasa bagaimanapun Bunga tampil membuat kemunculan pertamanya pada malam Jumaat.

Pada kemunculan pertama itu, Bunga menghiburkan peminat di Friday Fusion di SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan.

Dipetik dari live IG @sq_dome, Bunga kelihatan tabah meskipun masih belum mampu menutupi suasana hati duka saat membawakan beberapa single hits-nya.

Seperti diketahui, Ashraf Sinclair, suami Bunga meninggal dunia di Jakarta, 18 Februari lalu.

Allahyarham dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Salah satu lagu yang dibawakan pada persembahan itu “Cinta Sejati”.

Ia merupakan single hits Bunga yang merupakan OST filem Habibie & Ainun.

Bunga berlakon dalam filem itu sebagai Hasri Ainun Habibie, bersama pelakon terkenal Reza Rahadian.

Pada persembahan yang sama Bunga turut menyanyikan lagu Cinta Sejati ciptaan Melly Goeslaw.

Bagaimanapun Bunga tidak dapat menghabiskan sebaris lirik lagu “Karena Ku Cinta Kau…” sehingga disambung oleh penonton.

Malah, Bunga kelihatan menyapu air mata beberapa kali ketika di atas pentas memetik FMT.

Lagu lain yang turut dibawakan ialah Harta Berharga.

Bunga yang memakai serba hitam turut memberi ulasan tentang lagu-lagu yang dinyanyikan.

“Sepertinya setiap lagu punya kenangan sendiri ya. Maafkan saya tidak dapat menyanyikan lagu yang ceria-ceria har? ini,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.