Perak Hari Ini

Sebarang Majlis Kenduri Termasuk Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

IPOH- Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu iaitu 18 Mac hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Bagaimanapun, masih ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan majlis kahwin, majlis tahlil dan sebagainya yang akan dilaksanakan dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, sebarang majlis yang melibatkan perhimpunan atau pergerakan orang ramai adalah tidak dibenarkan kerana ianya adalah perhimpunan sosial.

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan.

Jika larangan tersebut diingkari, ianya merupakan satu kesalahan jenayah yang mana berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 iaitu peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 dibaca bersama dengan Seksyen 24(a) Akta yang sama.

Jika ingkar, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Perlaksanaan perkara ini adalah langkah kerajaan untuk mengekang penyebaran korona virus (Covid-19) dalam kalangan rakyat Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");