Berita Hari Ini

Semua kakitangan Hospital Teluk Intan akan jalani pemeriksaan Covid-19

Semua kakitangan perubatan dan sokongan di Hospital teluk Intan telah diarahkan untuk menjalani pemeriksaan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham berkata, ia selepas 39 kakitangan perubatan di hospital itu dijangkiti wabak tersebut, yang merupakan jumlah terbesar di kalangan kakitangan hospital di Malaysia.

Semalam, Noor Hisham mendedahkan majoriti kakitangan yang positif Covid-19 dijangkiti selepas menghadiri majlis perkahwinan di Bangi pada 6 Mac, dan di Putrajaya pada 7 Mac.

Kedua-dua majlis itu turut dihadiri pesakit daripada kluster Tabligh.

“Kedua-dua majlis itu (di Bangi dan Putrajaya) dihadiri oleh ramai doktor. Selepas mereka pulang dari majlis ada yang dikesan positif Covid-19 di Kota Bharu (Kelantan), di Teluk Intan (Perak), dan sebagainya,” katanya semalam.

Setakat 12 tengah hari ini, sejumlah 80 pegawai perubatan telah dijangkiti Covid-19. Tiada yang menerima jangkitan kerana merawat pesakit Covid-19.

Sebaliknya, mereka sama ada menjadi kontak rapat dengan pesakiat, atau daripada perjalanan luar negara.

Kementerian Kesihatan kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan untuk 708 pegawai perubatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");