Perak Hari Ini

Senarai Nama Exco Perak Dijangka Selesai Minggu Depan – MB Perak

KUALA KANGSAR: Menteri Besar Perak menjangkakan isu berkaitan pelantikan Exco Kerajaan Negeri yang baharu akan selesai pada minggu hadapan.

Beliau yang baru mengangkat sumpah jawatan itu hari ini berkata akan mengadakan perbincangan bersama kepimpinan Umno dan Pas bagi menentukan perkara tersebut.

“Adalah lebih baik untuk saya menyegerakan perkara ini kerana kemelut politik yang berlaku sebelum ini, saya telah gagal mengadakan mesyuarat Exco lebih lima minggu.

“Saya telah berbincang dengan Datuk Saarani dan Razman untuk kita mengadakan perjumpaan bagi segera merungkaikan hal ini da seterusnya dapat menyenaraikan nama agar dapat dipersembahkan kepada Sultan Perak nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sempurna menghadiri istiadat angkat sumpah jawatan dan menandatangani watikah Menteri Besar Perak ke-13 di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut menegaskan bahawa barisan Exco yang dilantik kelak bebas daripada sebarang kontroversi ataupun mempunyai sebarang kes perbicaraan mahkamah yang masih berlangsung.

Ujarnya beliau akan mengambil iktibar daripada pelantikan Barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana telah melantik Jemaah Menteri yang bebas daripada perkara tersebut.

“Saya akan mengambil contoh dari Perdana Menteri dalam memilih jemaah menteri baru-baru ini, dalam pemelihan nama untuk dipersembahkan kepada Baginda untuk diperkenankan menjadi Exco.

“Calon-calon hendaklah bersih dan telah ditapis menerusi agensi berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini penting supaya ia tidak akan membebankan kerajaan atau menimbulkan imej buruk kepada kerajaan negeri,” jelas beliau.

Terdahulu, DAP Perak menggesa agar barisan Exco yang akan dilantik kelak adalah individu yang bersih dan bukan yang sedang didakwa di mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");