Membawang Hari Ini

Seniman Buat Laporan Polis Terhadap Zarina Anjoulie?

Masih hangat diperkatakan mengenai isu artis meminta bantuan khusus untuk golongan penggiat seni, bagaimanapun hari ini Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang didakwa membuat video hasutan terhadap industri seni Malaysia.

Menerusi satu kenyataan di Facebook Seniman, selebriti berkenaan dikatakan menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan review berbayar melalui media sosialnya dan membuatkan ramai artis tersinggung dengan kenyataannya itu.

Malah, pihak Seniman juga turut meminta agar lebih ramai artis serta penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia terhadap artis berkenaan susulan video yang dikongsikannya itu telah mencetuskan pandangan negatif terhadap para selebriti.

Meskipun tidak menyatakan nama selebriti berkenaan, rata-rata netizen membuat andaian bahawa laporan polis itu dibuat terhadap pelakon Zarina Anjoulie yang sebelum ini pernah meuat naik video mengecam tindakan beberapa artis yang mahukan bantuan kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");