Berita Hari Ini

Seramai 10,553 Jemaah Tabligh Sri Petaling diperiksa – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR- Seramai 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir pada perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling telah diperiksa, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya, beliau berkata sehingga 12 tengah malam tadi (19 Mac 2020), sebanyak 4,986 sampel diambil dan 513 adalah positif COVID-19.

“Seorang jemaah tabligh berumur 34 tahun telah meninggal dunia kelmarin. KKM (Kementerian Kesihatan) menyeru ahli jemaah tabligh yang belum berbuat demikian untuk tampil diperiksa oleh KKM,” katanya.

Menerusi muat turun itu, Dr Noor Hisham turut menyertakan statistik Pengesanan Kluster Kes COVID-19 di Malaysia mengenai Taburan Kes Jord Qudama dan Ulama Malaysia 2020, Masjid Jamek Sri Petaling oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan KKM sehingga 12 tengah malam, 19 Mac, 2020 yang antara lain menyatakan bilangan dimasukkan ke hospital ialah 659 manakala pengawasan di rumah seramai 6,627 orang.

Menurut statistik itu, jumlah sampel negatif adalah 2,559 manakala yang masih berada dalam senarai bilangan menunggu ialah 1,990 orang.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");