Berita Hari Ini
Like

Skim Persaraan Swasta Boleh Dikeluarkan Sehingga RM1,500

March 27, 2020
371 Views
0 Comments
1 minute read
Skim Persaraan Swasta Boleh Dikeluarkan Sehingga RM1,500

POH- Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengeluaran yang dibenarkan tersebut adalah tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.

“Dalam keadaan yang sukar pada waktu ini, tentulah saudara-saudari memerlukan wang tunai daripada apa jua bentuk simpanan untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan harian.

“Sehubungan itu, Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Sementara itu tambah beliau, kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan manfaat ini kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).

“Pada masa ini, mySalam menyediakan manfaat kepada golongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan wabak koronavirus (COVID-19).

“Pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.