Perak Hari Ini

Subsidi Upah Sebanyak RM600 Kepada Pekerja Yang Terjejas

IPOH- Kerajaan hari ini memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja di mana sebanyak RM600 diberikan kepada pekerja untuk tempoh tiga bulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak mahu lihat pekerja dibuang kerja dan hilang pendapatan.

“Dalam keadaan yang sukar ini, saya tidak mahu lihat pekerja dibuang kerja dan hilang pendapatan.

“Menerusi program ini Kerajaan akan
menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.

“Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak 1 Januari 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Katanya, langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.

Tambah beliau, majikan juga perlu memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan malahan, ajikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja.

Selain itu kata Muhyiddin, kerajaan juga telah bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor yang terlibat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun pekerja tidak hadir bekerja.

“Perkara ini bagi memastikan kebajikan pekerja yang terlibat iaiatu kontrak perkhidmatan seperti perkhidmatan pembersihan dan bekalan makanan bermasak di sekolah, IPTA, institusi latihan awam serta agensi-agensi lain Kerajaan termasuk badan berkanun.

“Lebih 80,000 pekerja akan menerima manfaat daripada inisiatif ini yang melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta,” katanya.

Sementara itu menurut beliau, kerajaan juga akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta

“Saya tahu pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masa turut terjejas berikutan pelaksanaan PKP.

“Bagi meringankan beban mereka, Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta.

“Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");