Berita Hari Ini

Suspek Kes Video Viral ‘Kenduri Kepala Kambing’ Direman Empat Hari

ALOR SETAR: Seorang lelaki dipercayai suspek kes video viral ‘kenduri kepala kambing’ direman empat hari.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret, Alor Setar pagi tadi.

Majistret, Eliana Ismail membenarkan tahanan reman keatas suspek bermula hari ini sehingga 24 Mac untuk membantu siasatan.

Suspek bersama seorang lelaki yang dipercayai penganjur majlis kenduri ditahan di rumah mereka di Langgar, Alor Setar kira-kira jam 5.15 petang Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, setelah soal siasat serta keterangan direkodkan malam tadi seorang lagi suspek berusia 60 tahun yang juga penganjur majlis dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi.

Semalam polis menahan dua lelaki berusia 45 dan 60 tahun untuk membantu siasatan kes video tular membabitkan individu yang mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan dengan menikmati kenduri termasuk makan kepala kambing di sebuah kampung di Langgar, Kedah.

Suspek utama dipercayai merakam video berkenaan manakala seorang lagi dipercayai penganjur majlis kenduri itu.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (2) (Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(PPPB) 2020, Seksyen 7(1) PPPB 2020, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");