Berita Hari Ini

Tabung COVID-19: Dua Bulan Gaji PM, Jemaah Menteri Dipotong

KUALA LUMPUR – Kabinet memutuskan dua bulan gaji bagi perdana menteri, menteri dan timbalan menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.

Menurut Bernama, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam dan langkah itu bagi membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19.

Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Malaysia mencatatkan 20 kematian dan 1,796 kes positif COVID-19 setakat semalam. Perintah Kawalan Pergerakan sedang dikuatkuasakan di negara ini sejak 18 Mac hingga 14 April bagi membendung wabak tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");