Membawang Hari Ini

Tak Minta Bantuan Kerajaan, Adam Shahz Jadi Frontliner Bantu Negara

Minggu ini hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis yang meluahkan pendapat mengenai penggiat seni terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakkan. Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang melihat gaya hidup mewah kebanyakan artis.

Namun, berbeza buat pelakon Adam Shahz yang menyertai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) untuk membantu negara ketika Covid-19.  Perkara itu mendapat perhatian netizen yang mengatakan pelakon itu tidak langsung ‘memekak’ minta bantuan, sebaliknya membantu kerajaan.

Tokey Sticker@Topanesta

Ini kawan aku @AdamShahz, artis juga. Tak de pula aku nampak dia memekak minta bantuan kerajaan. Siap jadi frontliner time covid-19 ni bantu kerajaan . Ini dekat socmed flex harta benda tetiba nak minta bantuan kerajaan. Buat malu je.

View image on Twitter
13.5K people are talking about this

Rata-rata netizen memuji pelakon itu yang sebelum ini berusaha mencari pendapatan sampingan dengan membawa Grab dan kini menjadi sukarelawan dengan menyertai Angkatan Pertahanan Malaysia.

Malah, netizen mengatakan inilah perbezaan antara artis yang utamakan sara hidup daripada gaya hidup, tidak seperti artis lain yang konon kaya tetapi baru dua minggu PKP sudah menyalak meminta bantuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");