Berita Hari Ini

Tambak Paling Sibuk Di Dunia Kini Sepi

JOHOR BAHRU: Tambak Johor yang disenaraikan sebagai laluan darat paling sibuk di dunia, kini lenggang dan sepi sejak awal pagi tadi.

Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak COVID-19, menyebabkan sempadan negara diarahkan ditutup sepenuhnya.

Tinjauan di kawasan berkenaan mendapati tiada kesesakan rutin bermula dari jam 4 hingga 9 pagi di tambak berkenaan setiap hari.

Aliran trafik dari kedua-dua arah Johor Bahru dan Singapura di Tambak Johor kelihatan lengang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.- Foto BERNAMA
Aliran trafik dari kedua-dua arah Johor Bahru dan Singapura di Tambak Johor kelihatan lengang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.- Foto BERNAMA

Tambak Johor sepanjang 1.05 kilometer itu menghubungkan Johor Bahru dengan Woodlands di Singapura dibina pada 1923.

Ia sebelum ini dilaporkan digunakan oleh 70 peratus pelancong dan pelawat untuk memasuki Malaysia sehingga ia disenaraikan sebagai laluan darat paling sibuk di dunia.

Ia menjadi pintu masuk laluan darat utama Malaysia-Singapura selain laluan kedua di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Tinjauan lalu lintas keluar masuk dari Singapura dan Johor Bahru, di Tambak Johor. - Foto NSTP/Mohd Azren Jamaludin?
Tinjauan lalu lintas keluar masuk dari Singapura dan Johor Bahru, di Tambak Johor. – Foto NSTP/Mohd Azren Jamaludin?

Dianggarkan kira-kira 250,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berulang-alik menerusi Tambak Johor setiap hari, dengan pemandangan penunggang motosikal beratur dan menunggu memasuki republik itu adalah rutin harian tambak berkenaan.

Mengikut statistik, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia kini mencari nafkah di Singapura dengan hampir 200,000 daripadanya berulang-alik antara Johor Bahru ke negara itu setiap hari menaiki motosikal, dengan majoritinya keluar-masuk ke republik berkenaan menerusi Tambak Johor.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Tindakan drastik ini perlu diambil segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Ia adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak itu memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");