Berita Hari Ini

Tengku Hassanal Titah Adakan Solat Hajat Tolak COVID-19

KUANTAN- Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan umat Islam negeri ini untuk menunaikan solat hajat bagi menolak wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertitah solat hajat itu boleh dilakukan secara berjemaah di rumah selepas solat Maghrib pada setiap Khamis malam Jumaat mulai hari ini, sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan pada 14 April ini.

“Di saat kita dilanda musibah COVID-19, sebagai umat Islam amat penting untuk kita memperbanyakkan zikir, selawat, istighfar dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah dengan penuh keikhlasan, rendah diri, sabar dan tawakal.

“Dengan ini, saya menyeru diri saya dan seluruh umat Islam di Pahang untuk bersama-sama bertaubat dan memohon keampunan serta menzahirkan kebergantungan kita kepada Allah,” titah baginda menerusi Titah Diraja yang diedarkan kepada pemberita di sini, hari ini.

Tengku Hassanal turut mengajak umat Islam untuk meningkatkan lagi keimanan dan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi serta meninggalkan larangan yang diperintahkan Allah.

Baginda seterusnya berdoa supaya usaha yang dilakukan umat Islam Pahang akan diterima dan memperoleh rahmat serta kasih sayang Allah, seterusnya diselamatkan daripada wabak dan bencana.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");