Berita Hari Ini

Tengku Razaleigh bakal menteri kanan?

GUA MUSANG: Desas-desus Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal dilantik menteri kanan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya spekulasi.

Timbalan Ketua UMNO bahagian, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata senarai perlantikan menteri Kabinet baharu itu masih rahsia tanpa siapa yang boleh mengetahuinya.

Katanya, ia adalah pertimbangan dan keputusan mutlak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih pemimpin dalam kerajaan PN yang layak.

“Memang perkara ini heboh di media sosial tetapi UMNO bahagian tidak menerima makluman berhubung perkara itu.

“Apapun jika benar Tengku Razaleigh dilantik menteri kanan, kita di UMNO Bahagian Gua Musang amat mengalu-alukan dan memberi sokongan penuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Masyarakat (Seperdu) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Baharu, di sini, hari ini.

Mohd Syahbuddin juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas berkata, jika ia berita sahih, ia rahmat kepada rakyat Gua Musang.

“Tetapi, perkara itu kita tidak boleh mendahului daripada kenyataan sebenar yang dikeluarkan Perdana Menteri.

“Tengku Razaleigh memang banyak pengalaman dan mampu menerajui mana-mana jawatan menteri kanan berikutan sebelum ini amat lama berada dalam menteri kabinet kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");