Perak Hari Ini

Terminal Meru Raya Ditutup Sementara, Buka Kembali Pada Rabu – APAD

IPOH: Terminal Meru Jaya, dekat sini telah diarahkan untuk memberhentikan operasi sementara selama dua hari bermula hari ini, bagi memberi ruang untuk kerja-kerja pembersihan dan disinfektif Covid-19.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini memaklumkan bahawa arahan itu telah disampaikan kepada pengurusan terminal itu melalui e-mel.

Kata kenyataan itu, kerja-kerja pembersihan itu dilakukan susulan insiden penumpang Bas Ekspres Jasmine yang dikhuatiri dijangkiti Covid-19 dan dikatakan bas itu ada menurunkan penumpang di Terminal Meru Raya pada 16 Mac lalu.

“Oleh yang demikian kerja pembersihan akan dilakukan bermula pada tengah hari ini, sehingga Selasa.

“Justeru Terminal Meru Raya akan ditutup selama dua hari dan akan dibuka semula pada Rabu, atau 25 Mac ini pada jam 8 pagi,” kata kenyataan itu.

Katanya lagi, dalam tempoh sama urusan pembelian tiket di kaunter akan turut ditutup sementara dan hanya pembelian tiket secara atas talian sahaja boleh dilakukan

“Namun demikian, operasi terminal akan tetap berjalan seperti biasa.

“Urusan pengambilan dan penurunan penumpang akan ditempatkan di kawasan jalan keluar bas ekspres iaitu di tempat operasi sekatan jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan diuruskan oleh pihak terminal,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Pengurus Operasi Terminal di talian 0193391562 dan Penyelia bertugas di talian 0123765917.

 

https://www.facebook.com/APAD.gov.my/posts/3297735543573154

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");