Perak Hari Ini

Tindakan Ingkar Larangan Solat Di Masjid, Surau Bertentangan Dengan Syarak – Mufti Perak

IPOH: Tindakan segelintir masyrakat Islam di Perak yang masih bersolat jemaah di masjid dan surau tanpa menghiraukan larangan kerajaan untuk berbuat demikian semasa Perintah Kawalan Pergerakan kini jelas bertentangan dengan syarak.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata kerajaan berhak untuk memutuskan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kebaikan umat walaupun ia bertentangan dengan kehendak peribadi seseorang.

Katanya apatah lagi dalam keadaan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara yang sudah mencapai tahap yakin atau sangkaan kuat berdasarkan kadar kematian yang sudah mencecah 17 (terkini 19 kematian), berdasarkan kepada laporan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Apa yang saya zahirkan ialah terdapat segelintir masyarakat Islam di negeri ini yang masih meneruskan solat jemaah di masjid dan surau dan tanpa menghiraukan arahan pihak berkuasa.

“Saya menegaskan bahawa keingkaran secara sedar dan sengaja terhadap arahan ulil amri atau pemerintah merupakan satu dosa dan pelakunya dikira melakukan maksiat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Oleh itu, kata beliau walaupun pada kebiasaan melakukan solat jemaah di masjid atau surau namun suasana terkini tidak kondusif.

Katanya ia telah menyebabkan kita terhalang daripda melakukannya disebabkan sesuatu musibah yang diklasifikasikan sebagai keuzuean syarie.

“Persoalan pahala dan fadhilatnya kita serahkan kepada Allah SWT. Kita yakin Allah SWT Maha Permurah dalam memberikan setiap ganjaran bagi apa sahaja amal kebajikan dan kebaikan yang menjadi kelaziman kita,” ujar beliau.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata beliau kesal dengan tindakan pihak yang masih ingkar dengan mengadakan solat berjemaah di surau dan masjid dengan melebihi bilangan ditetapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");