Berita Hari Ini

Tuanku Zara Zahir Penghargaan Kepada Wira Negara Atas Kecekalan Kekang COVID-19

IPOH – Kesungguhan anggota barisan hadapan negara mengekang penularan wabak COVID-19 tanpa mengenal erti lelah dan tidak mengira masa bukan sahaja mendapat penghargaan orang ramai malah mendapat perhatian daripada Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Tuanku Zara menzahirkan penghargaan itu menerusi status yang dimuat naik dalam laman Instagram rasmi baginda.

“Terima kasih kepada wira dan wirawati di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hospital di seluruh negara yang berjuang tak kira penat, tak kira bahaya, tak kira kepentingan diri,” tulis baginda, lapor Bernama.

Menarik perhatian dua anakanda baginda, Raja Azlan Muzzaffar Shah Sultan Nazrin Shah dan Raja Nazira Safya yang masing-masing memegang kertas menyatakan penghargaan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara.

“Terima kasih abang dan kakak, askar dan polis,” demikian ucapan penghargaan yang dipegang Raja Azlan Muzzaffar, manakala Raja Nazira Safya memegang kertas dengan lukisan berbentuk hati antaranya tertera terima kasih, ‘Arigato’, ‘Merci’ dan ‘Grazie.

Status di Instagram dengan tanda pagar #askar#pdrm#dudukrumah yang dimuat naik Tuanku Zara turut disertakan gambar Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Azlan Muzzaffar dan Raja Nazira Safya masing-masing dalam pakaian Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");