Perak Hari Ini

Tujuh Adun Angkat Sumpah Exco Perak

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri antara tujuh Adun yang sempurna mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

Selain itu, antara Adun yang pernah menjawat jawatan Exco pada sebelum ini iaitu Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad; Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Datuk Nolee Ashilin Mohamamed Radzi (Tualang Sekah) turut hadir mengangkat sumpah jawatan.

Turut dilantik, Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria; Adun Kampong Gajah, Datuk Wan Norashikin Wan Noordin serta Adun Selama, Mohd Akmal Kamarudin.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan berkata Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan pelantikan tersebut.

Katanya sebagai mematuhi Perintah Kawalan dan Pergerakan, Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan tujuh Exco itu berlangsung secara ringkas di Istana Kinta, dekat sini hari ini.

“Pembahagian portfolio Exco Kerajaan Negeri yang dilantik dan akan ditentukan dalam masa terdekat manakala pengisian tiga kuota Exco akan diputuskan kemudian sekiranya ada keperluan,” katanya.

Sementara itu jelas beliau pelantikan Exco itu adalah bagi melengkapkan pentadbiran Kerajaan Perak selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-13 pada 13 Mac lalu.

“Jumlah tujuh Exco ini adalah memadai bagi membantu Menteri Besar Perak menjalankan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri berfungsi, selari dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak,” tambah beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");