Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Menang Tanpa Bertanding Jawatan Pengerusi BERSATU

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin dicabar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Mohd Faiz Azleesham bagi jawatan Presiden BERSATU dalam pemilihan parti itu Jun depan.

Memetik BH Online, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata bagi jawatan Pengerusi, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Agung, Datuk Marzuki Yahya dan Anas Akashah Nazri.

Seramai 15 orang merebut jawatan Naib Presiden dan seramai 168 menawarkan diri merebut jawatan MPT.

Pemilihan peringkat cawangan dan bahagian masing-masing dijadualkan berlangsung dari 25 Januari hingga 1 Mac serta 4 April.

Mesyuarat dan Perhimpunan Agung Tahunan serentak dengan pemilihan parti akan diadakan pada 20 Jun depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");