Berita Hari Ini

Umno Sabah ingatkan penjawat awam jangan sabotaj PN

Umno Sabah mengingatkan penjawat awam di negeri itu agar jangan mensabotaj kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Perhubungan Sabah Bung Moktar Radin berkata ketua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan di Sabah perlu menghentikan amalan mengundang wakil rakyat Warisan, Upko dan PH ke majlis mereka.

“Saya memandang serius perkara ini dan ianya tidak sepatutnya berlaku kerana PN kini adalah Kerajaan Persekutuan setelah Kerajaan PH tumbang”

“Ketua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan kena sedar dan faham bahawa sama ada menteri atau wakil rakyat kerajaan Warisan, Upko dan PH merupakan pembangkang di peringkat Persekutuan pada masa ini,” kata Bung dalam suatu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Komunikasi Umno Sabah, Ghazalie Ansing menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) kerana menganjurkan program jabatan itu yang melibatkan wakil rakyat Warisan.

Bung yang juga MP Kinabatangan bersetuju dengan Ghazalie, berkata JPNS perlu menghentikan serta-merta penganjuran acara di sekolah yang melibatkan wakil rakyat Warisan, walaupun jika mereka telah merancangnya lebih awal.

“Peringatan ini bukan sahaja ditujukan kepada Pengarah Pendidikan Negeri tetapi termasuk pegawai di daerah-daerah termasuk Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh Sabah.

“Sebarang usaha dan pelanggaran peringatan serta arahan itu merupakan tindakan sabotaj kepada Kerajaan Persekutuan,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");