Panasnya Hari Ini

Wakil Rakyat PKR Lompat Parti Berdepan Saman RM10 Juta

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wakil rakyat yang bertindak melompat atau keluar parti akan berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM10 juta, setiap seorang.

Memetik Astro Awani, beliau memberitahu, buat masa ini pasukan perundangan parti itu sedang meneliti proses berkenaan.

Menurutnya, tuntutan itu dilakukan ke atas mereka kerana menggunakan manifesto parti dan jentera pilihan raya untuk menang ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Saman terbabit adalah berdasarkan dokumen undang-undang yang ditandatangani wakil rakyat berkenaan sebelum mereka diletakkan sebagai calon pada PRU-14.

Sebelum ini, Bendahari PKR, Lee Chean Chung memberitahu, surat tuntutan akan dihantar mulai minggu hadapan.

Antara Ahli Parlimen yang meninggalkan PKR adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak); Zuraida Kamaruddin (Ampang); Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat); Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).

Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR yang juga bakal disaman pula ialah Hilman Idham (Gombak Setia); Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Chong Fat Full (Pemanis).

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau sedia berbincang dengan mana-mana individu termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan perjuangan pakatan Harapan bagi menegakkan keadilan demi kepentingan rakyat.

“Saya sedia untuk berbincang dengan siapa jua termasuk Tun Mahathir. Tiada masalah,” tambah Anwar lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");