Berita Hari Ini

Walaupun Bukan Lagi PM, Saya Tetap Mahu Pulihkan Nasib Orang Melayu – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: “Selagi saya berkebolehan, saya nak betulkan keadaan orang Melayu.”

Itu tegas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian yang diterbitkan hari ini.

Menurut Astro Awani, beliau berkata, selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, bukan nasib dirinya yang menjadi keutamaan, tetapi apa yang Dr Mahathir utamakan ialah fokus dalam memulihkan kembali keadaan orang Melayu ketika ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau melihat ia sebagai satu kepuasan, dan sedia memberi khidmat jika diminta oleh masyarakat.

“Bukan kedudukan menjadi Perdana Menteri yang penting. Kedudukan Perdana Menteri penting bagi membolehkan kita ada kuasa. Lebih penting adalah menjatuhkan sebuah kerajaan kleptokratik.

“Sebab itu, saya melihat keadaan. Sekiranya ada kemungkinan itu berlaku, saya terpaksa memainkan sedikit peranan sekiranya diminta (oleh) orang ramai,” katanya lagi.

Ditanya apakah cita-cita beliau sekarang, Tun Mahathir berkata beliau kini hendak berehat namun masih berharap mampu menyumbang pandangan berkaitan ekonomi orang Melayu.

“Saya hendak rehatlah… saya hendak rehat. Kalau boleh, mereka yang saya sudah letak untuk menjalankan tugas memulihkan ekonomi orang Melayu, mereka masih datang kepada saya dan saya memberi pandangan dan nasihat. Dan kadang-kadang saya pergi tengok sendiri dan beri pendapat,” katanya lagi.

Dr Mahathir, yang mula menceburi bidang politik pada ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Malaya lagi, mencipta sejarah sebagai satu-satunya ahli politik yang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1981 hingga 2003 di bawah Barisan Nasional, dan 2018-2020, di bawah Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, beliau terpaksa meletak jawatan ekoran krisis politik yang memuncak, termasuk tekanan dari rakan-rakan komponen Pakatan Harapan hingga menyaksikan kerajaan itu tumbang, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri yang baharu di bawah Perikatan Nasional.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");