Perak Hari Ini

“Wallahualam…” – MB Perak

KUALA KANGSAR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Beliau dijangka menghadap Baginda di Istana Iskandariah, dekat sini.

“Saya dipanggil menghadap Tuanku. Namun saya seorang sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Landskap Negara Peringkat Negeri Perak di Laman Budaya, dekat sini, hari ini.

Walau bagaimanapun Ahmad Faizal enggan mengulas lanjut tentang pertemuan itu.

“Maaf ya, mengenai apa itu ‘Wallahualam’. Saya akan jumpa pemberita semua,” jawabnya ringkas.

Mengikut laporan berita tempatan, ini merupakan kali kedua beliau menghadap Sultan Perak selepas menghadap Baginda di Ibu Negara pada bulan lalu.

Kemelut politik di Perak terus menjadi tanda tanya apabila beberapa Exco Kerajaan Negeri mula mengosongkan pejabat masing-masing semalam.

Selain itu dilaporkan juga Ketua Pembangkang Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata beliau telah bertemu dengan Ahmad Faizal selain menyebut Perikatan Nasional akan terbentuk di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");