Perak Hari Ini

Yakin Tiga Adun PKR Perak Kekal Setia – Ketua Penerangan PKR Negeri

IPOH: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari mengumumkan keluar daripada PKR sudah dapat diramal.

Ketua Penerangan PKR Perak, Raja Azam Shah Raja Omar Ikram berikutan situasi politik tanah air masa kini, katanya tindakan mantan Ketua Cabang PKR Parit Buntar bukan sesuatu yang mengejutkan

“Saya merasakan beliau adalah ahli PKR Perak yang terakhir berbuat demikian iaitu meninggalkan parti.

“Saya yakin Adun PKR lain seperti Adun Teja, Sandrea Ng Shy Ching; Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing serta Adun Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad tidak akan berbuat demikian.

“Saya kenal mereka secara peribadi. Mereka akan teguh bersama parti dan presiden parti,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan PKR Perak, di sini, hari ini.

Abdul Yunus pagi tadi mengesahkan beliau keluar daripada PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi memberi sokongan kepada gabungan Bersatu dan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan baharu di negeri ini.

Dalam pada itu, berkenaan penalti RM10 juta yang dikatakan bakal dikenakan terhadap ahli PKR yang keluar parti, Raja Azam berkata ianya akan diserahkan kepada biro guaman parti untuk tindakan selanjutnya.

“Kita akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak di Kuala Lumpur hari ini bagi membincangkan soal perkembangan politik di Perak dan saya akan maklumkan kelak hasil pertemuan itu,” katanya.

Sementara itu beliau turut menggesa agar kesemua individu lantikan politik oleh Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk melepaskan jawatan masing-masing dengan segera.

Katanya ia sebagai memberi isyarat bahawa PH tertagak berdasarkan kepada prinsip perjuangan dan bukan habuan material.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");