Sukan Hari Ini

Zii Jia Tundukkan Chen Long

PEMAIN perseorangan lelaki pertama negara, Lee Zii Jia hanya memerlukan 49 minit untuk menjinakkan pemain pilihan ketiga dari China, Chen Long untuk menempah tiket ke separuh akhir Seluruh England.

Memetik Harian Metro, aksi permainan yang semakin matang dipamerkan Zii Jia sepanjang perlawanan berlangsung membolehkan dia menang mudah ke atas seteru utamanya itu di set pertama 21-12 sebelum menang 21-18 di set kedua.

Zii Jia dilihat tidak berdepan masalah apabila menguasai perlawanan dengan mempamerkan permainan cantik di hadapan jaring.

Chen Long cuba untuk membawa perlawanan ke set penentuan namun aksi tangkas Zii Jia berjaya menafikan peluang Chen Long.

Kemenangan Zii Jia itu menyaksikan rekod pertemuan mereka kini terikat 2-2.

Kali terakhir mereka bertemu adalah Julai tahun lalu yang menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu berjaya mengatasi Chen Long dalam pertarungan tiga set di Terbuka Indonesia.

Zii Jia dijangka bertemu sama ada Shi Yu Qi dari China ataupun pilihan kedua kejohanan dari Denmark, Viktor Axelsen.

“Paling penting sekarang ini Zii Jia berada pada landasan terbaik dan nampak lebih matang.

“Dia ada menunjukkan peningkatan dan saya berharap kami mampu untuk menjadikannya sebagai terbaik dunia satu hari nanti,” kata ketua jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");