Perak Hari Ini

2 Briged Bangunkan Virus Buster Nyah Kuman Dalam Kalangan Anggota

IPOH- Pihak 2 Briged memandang serius keselamatan dan kesihatan pegawai serta anggota yang terlibat secara langsung dalam Ops Penawar dengan mencipta dan memperkenalkan alat nyah kuman iaitu Virus Buster.

Panglima 2 Briged, Malek Razak Sulaiman berkata, alat tersebut adalah untuk memastikan tahap kebersihan anggota ATM yang terlibat dalam Ops Penawar terjaga dan terhindar 100 peratus daripada dijangkiti wabak koronavirus (COVID-19).


Menurut beliau, pihak 2 Briged terus meneruskan tugas bagi membantu pihak PDRM bagi memantau dan menentukan kepatuhan masyarakat kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya di peringkat fasa kedua.

“Mengambil inisiatif dalam menjalankan Ops Penawar, sebagai barisan hadapan adalah penting untuk menjaga keselamatan yang mana ianya bersesuaian dengan tagline Ops penawar oleh Tentera darat iaitu ‘Stay healthy’ dan ‘Protect yourself).

“Jadi inisiatif ini adalah penting untuk kita menentukan mereka yang bertugas berada dalam keadaan yang sihat, bersih dan tidak diancam oleh wabak ini,” katanya kepada media ketika ditemui di Markas 2 Briged, hari ini.


Katanya, Virus Buster tersebut hanya menggunakan material yang boleh diperolehi secara murah dan mudah dimana ianya diperbuat daripada rangka besi, kayu, plat zink, plastik, tong air dan pump AV32 untuk semburan yang berfungsi sebagai terowong nyah kuman dan virus.

“Salah satu langkah yang kita buat, pihak kami di bawah 2 Briged dengan inisiatif dari dua bengkel, kita telah membangunkan gerbang untuk senitasi badan dimana kita menggunakan bahan-bahan tempatan dan atas nasihat pegawai perubatan, kita campur cecair Dettol dan sebagainya mengikut nisbah yang betul dan tidak mengancam kesihatan.

“Dengan seramai kekuatan tujuh orang anggota, Virus Buster ini dapat disiapkan selama dua hari sahaja dengan kos bernilai RM4,000,” katanya.

Tambah beliau, semua pegawai dan anggota mesti melalui Virus Buster ini setiap kali sebelum dan selepas melaksanakan tugas Ops Penawar.

“Buat pertama kalinya, alat ini akan diletakkan di Maskas kepada anggota-anggota yang bertugas dan apabila mereka datang bertugas dan selepas selesai tugas, sebelum pulang, mereka perlu melalui mesin ini sebagai langkah penambahbaikan untuk kita menentukan anggota kita sentiasa dilindungi dan bebas dari wabak Covid-19,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");