Membawang Hari Ini

Adam Shahz dikuarantin kerana kluster ‘kayangan’?

Pelakon Adam Shahz yang menjadi tanda tanya kerana menyepi sejak beberapa hari ini akhirnya terjawab apabila dia sebenarnya terpaksa dikuarantin selama 18 hari setelah mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif koronavirus (Covid-19).

Perkara tersebut disahkan oleh Adam yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerusi hantarannya di Instagram.

“Lama tak tengok saya hantar gambar kan? Sebelum ini saya dikuarantin 18 hari kerana ada kontak dengan (pesakit) positif Covid-19. Saya dikuarantin kerana ada segelintir orang yang tidak patuh dengan SOP saringan,” katanya.

Dalam kiriman yang sama, pelakon drama Juvana itu turut meminta agar orang ramai prihatin dengan keselamatan serta nyawa orang lain.

“Bila dah buat saringan tidak sepatutnya keluar!! Duduk rumah, jauhkan dari kontak rapat dengan orang. Dah tahu kena saring, boleh pula merayau pergi kerja. Kalau tidak sayang nyawa sendiri, sekurangnya sayanglah nyawa ahli keluarga tu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan kepada ‘kluster kayangan’ supaya bersyukur dengan apa yang diberikan Tuhan.

“Untuk ‘kluster kayangan’, berapa ramai petugas barisan hadapan dikuarantin disebabkan anda. Kami berjauhan dari keluarga sebab nak bantu anda, padahal kami ada pilihan untuk STAY AT HOME!

“Perikemanusiaan sikit, waktu genting macam ni kita tidak sepatutnya nak lebih-lebih. Bersyukur atas apa yang Tuhan beri, selebihnya tawakal dan doa supaya dihindarkan dari Covid-19,” katanya.

Hantaran berkenaan mendapat 5,029 tanda suka sejak semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");