Berita Hari Ini

Aktivis bimbang keganasan rumah tangga meningkat semasa PKP

KUMPULAN aktivis wanita bimbang kes keganasan rumahtangga akan meningkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) berkata walaupun panggilan kecemasan daripada mangsa keganasan sedikit berkurang sepanjang PKP dikuatkuasakan setakat ini, tetapi kumpulan itu khuatir ia akan meningkat sebaik sahaja perintah itu berakhir.

WAO berpendapat mangsa tidak dapat membuat panggilan untuk meminta bantuan kerana dikawal oleh pendera.

“Dan antara panggilan yang kami terima, ramai yang bertanya kalau mereka boleh melarikan diri semasa PKP,” kata Tan Heang-Lee dari WAO.

Tan memberitahu The Malaysian Insight, sebelum PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, WAO menerima purata 77.5 panggilan dan mesej menerusi WhatsApp dalam seminggu.

Bagaimanapun, panggilan ke talian hotline WAO berkurang kepada 73 dalam seminggu, begitu juga mesej WhatsApp, sepanjang PKP.

Walaupun bilangan itu berkurangan sejak PKP, mangsa dera bagaimanapun berdepan risiko lebih tinggi kerana terpaksa duduk dalam rumah sepanjang masa bagi tempoh yang lama bersama pendera.

Ini menyukarkan mangsa mendapatkan bantuan kerana tindak-tanduk mereka mungkin diperhatikan pendera.

Menurut Tan, jumlah kes mungkin akan meningkat semasa PKP tetapi tidak secara mendadak, sambil menambah laporan keganasan rumah tangga dijangka melonjak selepas PKP tamat.

“Secara umumnya, kemungkinan lebih ramai akan menjadi mangsa dera semasa PKP, kerana mereka duduk serumah dengan pendera.

“Mungkin ada ramai yang mahu dapatkan bantuan tetapi itu mungkin akan membahayakan diri mereka jika pendera mendapat tahu,” kata Tan.

Semasa tempoh PKP ini juga, WAO bimbang krisis kewangan dan kesihatan akan memburukkan lagi keganasan rumah tangga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");