Berita Hari Ini

Banduan pertama maut akibat Covid-19 di AS

Biro Penjara Persekutuan Amerika Syarikat mengesahkan kematian berkaitan Covid-19 yang pertama dalam kalangan banduan di negara itu, membabitkan lelaki berusia 49 tahun, yang meninggal dunia di penjara Oakdale, Louisiana.

Patrick Jones, yang menjalani hukuman penjara 27 tahun atas kesalahan dadah, meninggal dunia pada Sabtu selepas dipindahkan ke kemudahan perubatan pada 19 Mac, lapor agensi berita Sputnik.

Seramai 14 banduan dan 13 kakitangan penjara, diuji positif Covid-19 sejak wabak itu mula menular.

Lima kes direkodkan di Penjara Oakdale, menurut laman web biro penjara.

Menurut Johns Hopkins University, lebih 122,000 orang disahkan positif Covid-19 di Amerika dan lebih 2,000 maut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");