Berita Hari Ini

Bantuan One-off RM21 Juta Untuk Institusi Pendidikan Islam Seluruh Negara

PUTRAJAYA – Sejumlah RM21 juta bantuan ‘one-off’ disediakan untuk tahfiz swasta, pondok, sekolah agama rakyat dan sekolah agama swasta yang berdaftar dengan pihak berwajib di seluruh negara.

Memetik Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataannya hari ini berkata, bantuan ‘one-off’ itu adalah atas keprihatinan kerajaan kepada institusi pendidikan Islam yang terjejas dari sudut pengurusan operasi dan sara diri ekoran wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan one-off berkenaan adalah dalam bentuk sara hidup RM800 seorang akan memberi manfaat kepada 22,920 guru, serta bantuan pengurusan operasi bertujuan membiayai kos pengurusan, utiliti, sewaan dan perbelanjaan operasi lain kepada 2,119 buah institusi pendidikan di seluruh negara, katanya.

Menurut Zulkifli, bantuan ‘one-off’ itu adalah daripada peruntukan RM100 juta yang telah disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bawah Belanjawan 2020, bertujuan membiayai penyelenggaraan dan naik taraf institusi tahfiz, pondok dan sekolah agama berdaftar.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz atas kelulusan bagi peruntukan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");