Membawang Hari Ini

Bella Astillah Mengaku Sudah Rujuk Semula, Hamil Anak Kedua

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan bahawa Bella Astillah dikatakan memberi bayangan bahawa dia dan Aliff Aziz sudah rujuk semula. Malah, timbul spekulasi mengatakan Bella kini sedang berbadan dua.

Akhirnya segala spekulasi terjawab, apabila Bella menjawab pertanyaan pengikutnya di Instagram sekaligus mengesahkan status hubungannya dengan Aliff Aziz. Bella mengesahkan dia dan Aliff sudah pun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah lagi.

Dalam pada itu, Bella turut mengakui dia kini sedang hamil anak kedua. Sementara itu apabila ditanya tentang perangai Aliff Aziz yang sering menimbulkan pelbagai masalah, Bella kerkata dia hanya bertawakal kepada Allah.

Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan rumah tangga Bella dan Aliff. Malah, ramai yang berharap dengan kehadiran zuriat kedua ini dapat menguatkan lagi ikatan perkahwinan mereka.

Pada Mei tahun lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai selepas Aliff beberapa kali kantoi curang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");