Membawang Hari Ini

Bella, suami jalankan khidmat sanitasi masjid, surau percuma

Pelakon Bella Dally dan suami, Arif Izuddin tidak ketinggalan berbakti kepada masyarakat sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Pasangan itu, berkata, mereka menjalankan projek sanitasi awam di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tanpa mengenakan sebarang bayaran.

“Suami dan saya mengambil keputusan untuk melakukan tanggung jawab korporat sosial iaitu sanitasi awam secara percuma.

“Kami akan tanggung semua kos termasuk untuk bahan pencuci,” katanya di Instagram.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally juga menggalakkan orang ramai untuk membantu berkongsi maklumat berhubung khidmat dijalankan mereka kepada mana-mana Ahli Jawatankuasa masjid lapor MKini.

“Tolong uar-uarkan mesej ni dengan mana-mana ahli jawatankuasa sesebuah masjid. Minta mereka untuk kongsikan nombor telefon dan kemudian suami saya akan cuba hubungi,” katanya.

Pada masa sama Bella turut mengalu-alukan individu yang berminat untuk tampil membantu kerja-kerja pembersihan dijalankan.

“Sesiapa yang nak jadi sukarelawan pun dialu-alukan. Just direct message saya dengan maklumat untuk dihubungi,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");