Berita Hari Ini

Boleh Lakukan Perjalanan Lebih 10km Untuk Dapat Khidmat Perubatan

SERDANG: Rakyat Malaysia diberi kelonggaran melakukan perjalanan melebihi radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing jika perlu mendapatkan khidmat perubatan di hospital yang berada di luar kawasan kediaman mereka.

Mememtik BH Online, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menjelaskan tidak ada sebab untuk menghalang mereka daripada mendapatkan keperluan itu walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya membenarkan perjalanan dalam lingkungan radius 10km.

“Kita mempunyai beberapa kelonggaran khusus yang perlu kita laksanakan seperti mereka yang memerlukan rawatan, keperluan dan ubat.

“Kalau kita lihat perkara ini kebanyakannya berlaku di Sarawak dan Sabah tetapi seperti di Kuala Lumpur, perkhidmatan kesihatan dekat.

“Justeru, tidak ada masalah. Mereka hanya perlu memberitahu tujuan berkaitan kesihatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini.

Berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, rakyat Malaysia hanya boleh bergerak dalam lingkungan radius 10km dari kediaman masing-masing ketika kawalan pergerakan dilaksanakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");