Membawang Hari Ini

Bukan Muslim Turut Beri Sokongan Pada Ustaz Ebit Lew

Semalam hangat diperkatakan apabila Ustaz Ebit Lew membuat keputusan untuk berhenti daripada mengagih bantuan kepada mereka yang memerlukan buat sementara waktu selepas dipanggil oleh pihak polis.

Luahan sedih yang dikongsikan oleh pendakwah bebas itu turut meruntun hari netizen apabila Ustaz Ebit memaklumkan sepanjang bulan Ramadan ini dia hanya akan menyalurkan sumbangan melalui akaun bank sahaja atas saranan banyak pihak.

Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa niat baiknya menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak sedangkan niat Ustaz Ebit hanya mahu membantu dan tidak sampai hati melihat orang lain berdepan kesusahan.

Meskipun sedih dengan keputusan Ustaz Ebit itu, namun rata-rata netizen tetap memberikan sokongan pada kepada pendakwah berbangsa Cina itu. Malah, ramai mereka yang bukan Muslim turut menunjukkan sokongan padu kepada Ustaz Ebit.

Malah, ramai dikalangan mereka bukan muslim tidak melepaskan peluang untuk berterima kasih kepada Ustaz Ebit atas usaha dan penat lelah yang dilakukan serta memohon supaya tidak berputus asa bagi meneruskan aktiviti kebajikan ini.

Terdahulu, Ustaz Ebit memohon maaf seandainya dia telah mengguris hati mana-mana. Malah, Ustaz Ebit turut meminta agar tidak tag namanya dalam kes orang susah kerana selepas PKP barulah dia akan turun padang untuk membantu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");