Berita Hari Ini

CAAM Benarkan Polis Gunakan Dron

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah membenarkan Polis Diraja Malaysia menerusi Unit Dron Pasukan Gerakan Udara mengendalikan “Unmanned Aircraft System (UAS)” atau dron bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan semasa Fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Memetik Bernama, CAAM dalam satu kenyataan hari ini berkata operasi dron itu diketuai oleh PDRM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan tiga syarikat dron swasta.

“Operasi yang dibenarkan CAAM akan mematuhi arahan dan prosedur operasi standard yang dikeluarkan PDRM,”katanya.

CAAM berkata seluruh operasi itu melibatkan lebih 90 kakitangan daripada lima organisasi dan mengatur kedudukan lebih 90 dron di seluruh negara.

“Satu NOTAM (notice to airmen) sudah dikeluarkan untuk memaklumkan semua pengguna ruang dara bahawa operasi UAS atau dron ialah pada paras maksimum 500 kaki di atas aras bumi. NOTAM ini terpakai di seluruh negara dan sah sehingga 14 April,” katanya.

CAAM berkata adalah amat penting bahawa sebarang operasi UAS atau dron yang dirancang memerlukan kebenaran CAAM kerana ia boleh membahayakan lain-lain pengguna ruang udara dan mengancam keselamatan awam memandangkan operasi UAS atau dron ini meliputi kawasan yang luas.

Ia berkata penalti dan atau sabitan akan dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan mengendalikan UAS atau dron tanpa kebenaran CAAM.

“Penalti termasuk denda minimum RM50,000 dan atau tiga tahun penjara kepada individu atau denda maksimum RM100,000 untuk badan korporat, boleh dikenakan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");