Berita Hari Ini

COVID-19: 416 Kes Positif Adalah Rakyat Asing

PUTRAJAYA: Sebanyak 416 kes positif COVID-19 membabitkan individu bukan warga tempatan termasuk satu kematian yang dilaporkan di Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini.

Memetik BH Online, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah berkenaan turut membabitkan individu dari lima negara utama.

“Ia termasuk 51 kes membabitkan warga Indonesia, 37 kes (India), 31 kes (Myanmar); 29 kes (Pakistan) dan 27 kes (Filipina).

“KKM bekerjasama rapat dengan pihak Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bagi memastikan golongan pelarian dan pemohon suaka (asylum seeker) turut diliputi dalam aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan kerajaan.

“Selain itu, KKM juga mendapat banyak bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan juga sukarelawan dalam menjalankan aktiviti pengesanan di lapangan dengan pembabitan anggota di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah.

“Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja, seramai 137 orang sukarelawan dari pelbagai sektor menggembleng tenaga bagi bersama-sama menjalankan aktiviti ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");